Temu Duga KPLI Ambilan Januari 2011 | Tips Temu Duga KPLI

Semakan Dalam Talian 



Tarikh : 13 hingga 24 Disember 2010

Sila bawa bersama Surat Panggilan TemuDuga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi


Di sini ada beberapa tips ringkas untuk temu duga KPLI / DPLI.
  1. Berpakaian kemas dan seperti seorang guru. Termasuk dari segi potongan rambut. Bertali leher , pakaian berseterika dan menggunakan padanan warna yang sesuai. Maksud saya ialah padangan warna tali leher dengan baju atau pun padanan seluar dengan baju. Bagi penjawat awam, baju hendaklah berlengan panjang dan berwarna cerah. Seluar pula sebaiknya warna hitam atau biru gelap.
  2. Datang lebih awal. Samaada paling kurang 15 minit awal. Supaya anda lebih bertenang dan tidak kelam kabut. Ini kerana berkemungkinan juga tempat parking agak jauh dan mungkin penuh.
  3. Susun sijl dengan teratur. Kalau tidak silap saya paling atas mengikut susunan ialah surat kelahiran, kad pengenalan, kemudian sijil akademik yang lain. Kebiasaannya sijil akademik disusun mengikut yang paling tinggi sehinggalah yang paling rendah (cth dari sijil ijazah ke sijil PMR). Pastikan anda telah membuat salinan bagi semua sijil-sijil tersebut dan dapatkan pengesahan. Semasa saya pergi temu duga dahulu ada calon yang tidak membuat pengesahan pada sijil tersebut, tetapi ada pegawai di tempat temu duga yang baik hati membuat pengesahan.
  4. Soalan-soalan yang biasa akan ditanya ialah:
  • Terangkan secara ringkas mengenai diri kamu. Soalan boleh ditanya dalam bahasa Inggeris atau Melayu.
  • Falsafah pendidikan guru, plan induk pendidikan (PIPP), Nama menteri dan pengarah pelajaran.
  • Mengapa kamu berhenti bekerja dan sanggup menjadi guru …. Sekiranya calon pernah bekerja dan mempunyai gaji yang lumayan berbanding guru.
  • Apakah sumbangan yang kamu akan berikan dalam pendidikan dengan kemahiran yang kamu ada.
  • Sanggupkah kalau kamu akan dihantar ke Sabah atau Serawak atau sekolah luar Bandar yang serba kurang.
  • Pandangan anda berkenaan dengan isu semasa terutama isu yang berkaitan dengan perguruan. Contohnya isu PPSMI.
  • Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya berkaitan dengan kebolehan anda dan sumbangan. Jawab soalan dengan tenang.

ASPEK TEMU  DUGA YANG DI NILAI

  • Suara 

  1. Suara calon mestilah kuat dan terang serta boleh didengari hingga ke belakang kelas.
  2. Suara calon mempunyai intonasi dalam membuat penegasan fakta dan juga mampu menarik perhatian penemuduga.
  3. Calon menggunakan sebutan bahasa melayu yang betul ( bukan pelat atau loghat daerah yang terlalu ketara )
  • Personaliti
  1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan..
  2. Calon menunjukkan ketrampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang sesuai sebagai seorang guru
  3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
  4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
  5. Calon mempunyai sifat prihatin yang tinggi terhadap profesion perguruan
  6. Calon berbudi bahasa terhadap calon lain serta penemuduga
  7. Calon mempunyai kemahiran sosial dan suka berinteraksi
  8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

  • Bahasa

  1. Menguasai bahasa pengantaraan dengan baik
  2. Bahasa yang fasih dan lancar
  3. Menggunakan tatabahasa yang betul
  4. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan ringkas

PENILAIAN UTAMA TEMU DUGA

  • Pengenalan Diri

  1. Calon mampu menarik perhatian penemuduga
  2. Calon menerangkan kepentingan pengetahuan sedia ada dan pengalaman bekerja
  3. Calon menunjukkan perkaitan antara aset yang dimiliki dengan profesion perguruan

  • Penerangan Diri

  1. Idea-idea disampaikan dengan teratur dan jelas
  2. Fasih berbahasa, baku, jitu dan mudah difahami
  3. Contoh-contoh serta penerangan adalah relevan dan tepat

  • Suara

  1. Calon mempunyai suara kuat dan terang dan boleh didengari hingga ke belakang bilik
  2. Suara ada intonasi ketika membuat penegasan
  3. Sebutan Bahasa Melayu yang betul ( tidak pelat atau menggunakan loghat daerah secara keterlaluan )
  • Personaliti
  1. Calon menunjukkan keyakinan diri yang memuaskan sesuai dengan profesion perguruan
  2. Calon menunjukkan penampilan diri dan ketokohan diri serta daya kepimpinan yang seuai sebagai seorang guru
  3. Calon menunjukkan kesediaan menerima teguran
  4. Calon mempunyai disiplin diri yang teguh
  5. Calon memiliki sifat prihatin yang tinggi
  6. Calon adalah seorang yang berbudi bahasa
  7. Calon mempunyai kemahiran sosial/berinteraksi
  8. Calon mempunyai kesungguhan dan keceriaan

Comments

Popular Posts