Percubaan Julia-Amar
Kringgggggggg..
Jam loceng
sekolah berbunyi menandakan sudah tiba waktu rehat.
“Kau nak
makan apa Julia?”. Rozy bertanya.
“Entah lah.
Mak aku bagi aku duit 3 ringgit je hari ni”. Julia menjawab. Dalam hatinya nak
makan mee bandung tapi harganya RM3.50.
“Oh yeke?
Alamak, dompet aku tak bawak la. Nasib ada 3 ringgit setengah dalam poket
aku ni”. Rozy membalas.
Julia
menyampuk.
“Nampak
sangat kau pakai baju semalam kan Rozy?”.
Rozy
mengangguk kepala dan menjawab.
Mereka
berdua ketawa sambil berjalan menuju ke kantin. Di kantin mereka membeli
makanan masing-masing.
“Julia, aku
ingat nak pergi koperasi lah kejap lagi“. Rozy berkata.
“Kau nak
beli apa?Semalam kau pergi koperasi. Hari ni kau nak pergi lagi. Tahulah minggu
ni abang kesayangan kau yang jaga”. Julia bertanya.
Rozy hanya mampu tersengih sambil pinggan mangkuknya diletakkan di dalam besen
yang disediakan. Selepas itu dia melangkah menuju ke koperasi.
“Hoi, tunggu
aku!!”. Julia menjerit dan kakinya berlari anak ke besen pinggan.
Di koperasi.
“Eh, Rozy
ni. Abang koba kan ramai nak yang mana satu?” Rizal menyampuk.
Koba juga
merupakan nama lain bagi koperasi yang memang digelar koba di sekolah itu.
Rizal merupakan senior Rozy dan Julia. Dia belajar di tingkatan enam atas.
Julia dan Rozy pula pelajar tingkatan dua. Julia dan Rozy merupakan pelajar di
sebelah petang manakala Rizal pelajar di sebelah pagi.
“Jangan
dilayan sangat awek abang ni. Ada jugak orang yang makan gaji buta kejap lagi”,
Julia menyampuk.
Rozy
memuncungkan mulutnya.
“Petang
karang Rozy habis belajar abang hantar Rozy balik ok” . Balas Rizal.
Rozy
mengangguk tersenyum sambil mengembang-ngembangkan hidungnya pada Julia.
Tiba-tiba Julia tidak senang duduk. Dia perasan seperti ada mata-mata yang
memerhatikannya. Terus ditariknya tangan Rozy.
Rozy
menjerit.
“Kau ni sudah kenapa cik adik manis Julia?”.
Julia yang
mukanya sudah merah padam terus menarik Rozy balik ke kelas. Mungkin
perasaannya sahaja seperti ada lelaki yang sedang memerhatikannya. Tiba-tiba
jam loceng berbunyi tanda habis waktu rehat. Mereka meneruskan pembelajaran
seperti biasa.
Di dalam
kelas Julia asyik memerhatikan gadis Cina di dalam kelasnya itu. Gadis cina itu
merupakan rakan sekelasnya. Nama gelarannya Hao Mei. Hao Mei tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada
Cikgu Rashidah yang sedang mengajar matematik di depan. Julia mengabaikan gerak
geri Hao Mei dan menyambung kembali pelajarannya.
“Baiklah, kerja tadi saya nak kamu tunjuk pada saya esok”, Cikgu Rashidah berkata sambil menyusun buku-bukunya dan berlalu keluar kelas. Pelajar-pelajar
lelaki tidak lepas pandang melihat susuk tubuh Cikgu Rashidah. Cikgu Rashidah
lawa orangnya. Dia tidaklah seksi cuma baju kebaya yang dipakainya hari ini
agak ketat di badannya. Mungkin sebab itulah mata budak lelaki terjojol keluar
agaknya.
Ranjit
terperanjat sambil berkata.
“Kacau daun
lah kau ini Rozy”.
“Asal kau
sibuk sangat pandang Cikgu Rashidah tu hah?”, Rozy menyampuk.
“Biarlah aku
nak pandang dia. Takkan aku nak pandang kau pulak? Dah la kerempeng nasi lemak
pun tiada”, Ranjit membalas.
Rozy
mengetuk bunjut di kepala Ranjit dengan pensil box milik Ranjit.
“Gila punya
orang”, Ranjit berkata.
Julia hanya
tersenyum melihat gelagat kawannya yang berperangai agak kelakian itu.
“Macam mana
lah si Rizal boleh berpacaran dengan si Rozy ni”, Julia bertanya dalam hatinya.
Julia
berpaling semula ke arah Hao Mei yang sedang sibuk menulis. Lantas dia bergegas
ke tempat duduk Hao Mei untuk bertanya.
“Hao Mei,
kau buat apa eh dari tadi aku tengok kau senyum-senyum pastu tulis something
kat meja kau”.
“Oh Julia.
Marilah baca.” Sambung Hao Mei.
“Macam mana
nak buat bentuk ni tanpa mengangkat pensil”, Julia membaca seketul-seketul apa
yang tercatat di atas meja Hao Mei.
“Siapa yang
kasi soalan ni?” sambung Julia.
“Budak
lelaki senior kita lah. Dia kan duduk tempat saya ni di sebelah pagi” , balas
Hao Mei.
“Oh, senior
upper six tu?” , Julia bertanya.
“Alah, kau
macam kenal je..”, Hao Mei menjawab.
“Memanglah
aku tak kenal. Eh, tapi seronok kan macam ni main balas-balas macam ni. Aku nak
try lah jugak kat meja aku. Manalah tahu abang hensem ke yang duduk seat aku tu
belah pagi. “ Julia berkata.
“Kalau
hensem. Kalau tak macam mana?” Hao Mei bertanya.
Julia hanya
tersenyum dan kembali ke mejanya. Dia mengambil sebatang pensil dan terus
menulis.
Ayat Julia
berbunyi seperti ini :-
“Hye, may I know siapa yang duduk meja ni?
My name is Julia. Saya duduk kat meja ni di sebelah petang. So, hanya nak
berkenalan dengan pemilik meja ni di sebelah pagi.”
Tiba-tiba
haru biru kelasnya. Tak lain tak bukanlah nak habis waktu sekolah. Masing-masing
bergegas kemas barang. Ada yang sudah tunggu depan pintu menunggu loceng
berbunyi.
Kringggggg..
Sebaik
sahaja loceng berbunyi sepantas kilat mereka hilang dari pandangan. Julia hanya
menggelengkan kepala. Dia tidak perlu bergegas kerana kebiasaannya basnya
datang lewat setengah jam. Julia mengemas barangnya. Rozy sudah tidak
kelihatan. Dia pun termasuk dalam geng yang tunggu depan pintu kelas. Julialah
yang selalunya akan menutup lampu, kipas dan pintu kelasnya. Setiap hari itulah
rutin hariannya.
Julia
menyusun langkahnya keluar. Setiap kali pulang dia akan lalu makmal komputer
sekolah itu. Kebiasaannya terdapat sekumpulan pelajar tingkatan enam atas di
dalam makmal itu. Mereka sibuk menyiapkan majalah sekolah. Julia mengalihkan
pandangannya ke pintu makmal itu. Jelas kelihatan susuk tubuh Rozy yang sedang
menunggu Rizal menghabiskan kerjanya. Rajin sungguh si Rizal ini. Selepas
menjaga koperasi dia akan menyambung kerjanya membuat majalah sekolah. Seperti
biasa kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berbaju kemeja lengan panjang. Satu
badannya kelihatan putih kerana kemeja dan seluar yang dipakainya berwarna
putih. Itu memang kod pemakaian bagi tingkatan enam atas. Lelaki tersebut hanya
memerhatikan gerak geri Julia. Julia tidak perasan sangat mukanya kerana dia
sudah berjalan menjauhi makmal tersebut.
Nota 2 :
Detik Perkenalan (coming soon kalau nota 1 mendapat tempat di hati korang)
Comments
darkbatman : oh yeah.?thankz..1st time buat ni..