Segmen Aku Sporting
Kalau bukan terpaksa punya pasal malas aku nak join weh. Hahaha, gurau-gurau. Semalam seronok pula dok serang si Umar Faruq ni dekat Sahabat Blogger. Dia ingat dia artis sesedap rasa je cakap dia hensem. Hahaha, iyolah aku kasi pembaca aku nilai sendiri tahap kehenseman anda wahai Umar Faruq. Pssst, hentam je dia jangan kasi chance ok my beloved readers.
Terel tak aku pilih gambar.?
Ok lah, motif aku pi join segmen dia ni.? Perasan diva lah sekejap. Mana tidak nya segmen dia ni memang suruh kita puji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri sungguh lah kan.? Tengah berpikir-pikir ni nak puji diri sendiri macam mana. Aku baik, sopan, santun, pemalu, tak tahu malu, banyak cakap, mesra, ambil berat, ambil tahu, bergaya, down to earth. Hahahaha penipu besau ni. Tak biasa lah nak puji diri sendiri. Ok, ok, ok serious sikit ecah oi. Kata sporting kan.?
Aku baik hati.? Betullah tu memang aku baik hati pun. Contohnya orang mintak tolong aku letak iklan aku kasi free ja. Orang suruh aku buat header pun aku kasi free ja. Tapi takkan selama-lamanya free kan.? Dah sampai satu tahap traffic boleh dibanggakan barulah aku akan gubal balik Akta Peribadi Ecah Shafiee 1988. 1988.?Ok tu tahun kelahiran aku. Haaaa, kantoi sudah tua!! Tua-tua pun hati kanak-kanak ribena lagi ok.
Lagi-lagi.? Aku cute. Hahaha, semalam penat gaduh dekat Sahabat Blogger. Semua gara-gara Umar Faruq up status suruh puji diri sendiri dengan cakap diri sendiri "CANTIK or HENSEM". Tapi aku tak cantik mahu pun hensem. Aku cute. Cute apa.? kiut miut. Muahahaa, gelak orang berpengaruh ni. *Dushhh, mengarut sekali lagi.
Baik dah, cute pun dah. Apa lagi yer.? Oh, aku rajin. Yes, aku seorang yang rajin. Rajin tidur. Toink, toink, toink. Rajin tidur kalau tiada aktiviti yang berfaedah lagi tidak membosankan. Kalau ada kerja memang mata aku stay up sahaja lah. Contoh aktiviti berfaedah.? Layan cerita Korea sampai dengar azan Subuh. Ok, aku mengarut lagi. Sudahlah, nampak sangat aku tak pernah nak puji diri sendiri kan.? Ok, dat's all. Ok kah ini Umar Faruq.? Cepat letak backlink aku!!
Comments
hahaha.. tak malu weyh puji dri sndri...