Outdoor [Pengalaman Aku Mendaki Gunung]
Amacam.? Apa yang korang rasa bila click link aku ni.? Sekarang ni aku nak share dengan korang sedikit pengalaman aku mendaki gunung. Nak kata master dalam pendakian gunung tidaklah. Lagipun sekarang aku dah bersara dah. Antara gunung yang aku dah daki macam Gunung Tahan, Gunung Benum, Gunung Bubu, Gunung Irau, Gunung Brinchang, Gunung Inas, Gunung Yong Yap, Gunung Batu Putih, dan Gunung Gerah. Haaa, banyak tak.? Tak banyak lagi ni kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku. Setakat ni aku dah lepas G11 tapi G7 ke laut. Trans Titiwangsa pun ntah bila nak habiskan. Gunung Kinabalu.? Tunggu berduit lah. Mahal lah mahu naik Gunung Kinabalu.
So, sekarang nak bercerita pasal pengalaman aku. Macam-macam pengalaman pahit, manis, kotor, jijik dan sebagainya. Kalau korang rasa korang boleh buang air besar dan air kencing merata tiada hal lah. Bunyi macam kotor kan.? Habis nak buat macam mana.? Takkan nak tahan kan.? So, dengan berbekalkan tisu lembap dan air sebotol korang bolehlah buang hajat korang tu.
"Hah.? Nak membuang time malam-malam macam mana.?"
Apa susah, torch light kan ada. Kejut je member dekat sebelah. Diorang mesti teman punya. Kalau diorang taknak teman kencing je dalam khemah. Hahaha, jangan buat hal weh membuang dalam khemah. Jangan kencing jauh-jauh takut nanti kena bawak lari. Dekat-dekat sudahlah. Busuk.? Biarkan, semua orang busuk time ni. Hahaha, janganlah membuang sebelah khemah. Pandai-pandailah cari port. Jangan membuang dekat laluan orang atau binatang. Nanti ada pula kes macam kawan aku ni. Pagi-pagi selipar dah terkena "tahi orang". Memang kena bahan sampai sekaranglah kan. Seronok kan.?
"Makan pula macam mana.? Masak.? Nak masak apa je dalam hutan.?"
Haaa, jangan main-main. Dekat dalam hutan lah kitorang masak bagai nak rak. Contohnya, tom yam, nasi ayam (tak pakai ayam, pakai hotdog), puding cocktail, jemput (cucur), ikan pekasam, bihun goreng, nasi goreng, roti hot dog dan macam-macam lagilah. Memang fun habis kalau team kita sekepala. Time masak pun boleh bergurau senda lagi.
"Pacat.? Euww, geli. Mesti banyak"
Yes dear, pacat memang banyak. Jangan cakap pacat. Lintah pun ada. Aku kalau turun dari gunung je mesti kaki, tangan dan badan aku berbekas sebab kena gigit pacat. Tapi semua ni pengalaman. Tak semua orang pernah kena pacat yang banyak kan.? Ramai kawan-kawan aku yang dulu takut pacat tapi bila dah biasa mendaki pacat boleh buang dengan pakai jari diorang sendiri lah.
"Hantu.? Ada yang pernah kena kacau tak.?"
Alhamdulillah, setakat yang aku join team kitorang takde yang kena kacau 'kaw-kaw' punya. Setakat nampak kelibat, penyamaran, bunyi. Itu biasalah kot. Tak kena kacau kira ok lah kan.? Key point dia ialah jangan mulut cabul sangat. Jangan berlagak besar dan jadilah humble. Aku kalau mendaki memang aku senyap je. Silent is better dan lagi satu tolong jangan bergerak secara berseorangan. Itu yang jadi kes hilanglah, sesat lah. Semuanya lah.
"Kalau injured macam mana.?"
Inilah pentingnya team work. Biarlah sampai lambat pun janji semua selamat. Kitorang pernah mendaki dari pukul 9.00 pagi sampai ke 6.30 pagi. Pagi ok bukan petang. Boleh bayangkan tak.? Pagi-pagi buta kena redah sungai, panjat pokok tumbang, berpaut pada tali dan sebagainya. Memang kalau korang baca agak ngeri tapi macam aku cakaplah. Semua ini pengalaman hidup. Tak try korang takkan merasa sampai bila-bila. Satu ayat aku masa mendaki :
"Apa lah bodoh sangat aku ni. Student lain bersenang lenang dekat rumah. Orang kasi cuti kau pergi mendaki. Penat kan.? Padan muka kau"
Then bila dah sampai puncak.
"Wuhuuu, excited tak terkata" Then bila dah turun kalau ada ekspedisi yang lain. Berlumba-lumba lah nak mendaki lagi ni. Seronok lah. Ok, ni sedikit sebanyak pengalaman aku. Kalau ikutkan banyak lagi tapi takut korang boring pula nak baca panjang sangat kan.? Maybe next time aku story lagi. Layankan gambar aku semasa mendaki.
Naik hilux untuk sampai ke port seterusnya sebelum mula mendaki
Kenangan aku naik Gunung Benom. Last gunung rasanya tapi yang paling nightmare.
Aku takde dalam gambar. Ni gambar member-member aku time naik Gunung Yong Yap
Aku yang bertenggek atas pokok tu. Ni kenangan naik Gunung Benum
"Angkat beg!!"
Aku jadi model kunyit. Sesi memasak!! Yeah!!
Geli tak.? Itu cacing yer wahai kawan-kawan
Btw, memerlukan belas ihsan korang untuk like page ni. Like jangan tak like..
Baru ado 9 Like ja tu. Cepat-cepat tolonglah saya insan yang lemah ini. Thankz again.
Comments
thnx ecah for this post! a good one! :D
hehe..welcome..saje imbau balik kngn..
so skrg ni dah resign la.?
haha, bosanlah..
wei,best doh pnjat gnung..aku dh lame da x pnjat..hum..harem btol
besar kan.?cuak x.?hehe..ko pnjt gng mne je dol.? broga jom!!
ske sgt..tp skg da kureng..
geng pelopor! :))
Entry Terbaru 1 : Al-Fatihah Buat Pemilik Blog Telordibasuh a.k.a Hakim Kamal
Entry Terbaru 2 : Nur Kasih The Movie ; Tonton Bersama Fizz Fairuz
along kan.?
carik peluang..rugi x join..