Rakaman Program TV Sebenarnya Memenatkan


Program TV.? Aku masuk TV ke.? Channel mana.? Bila.? Pukul berapa.? Hahaha, teruskan persoalan berlegar-legar di kepala otak korang sebab aku hanya akan jawab kalau korang klik Read More. Feel free to click ok.
Oh, rajinnya korang read more. Bagus, macam ni lah aku sayang. Actually mana ada aku masuk TV. Agak-agaklah muka seposen ni nak masuk TV kan. Kalau masuk pun maybe masuk sebelah mata je kot. Hari Khamis yang lepas aku dipengaruhi housemate aku. Taklah dia pengaruh macam mana pun. Macam ni ceritanya.

Fad bukan nama sebenar tengah buang sampah sambil berbaju kurung kuning cun melecun. Aku gatal mulut tanya dia.

"Fad nak pergi mana ni.?"
"Buang sampah lah Ecah"
"Lepas buang sampah.?"
"Nak pergi rakaman raya Siti Nurhaliza. Nak ikut.?"

Aku yang tanpa berfikir panjang terus cakap "NAK IKUT!!" Aku peminat Siti ke dengan tindakan drastik aku tu.? Oh tidak, i'm not fan Sitizones. Hanya mahu membuang masa dan dalam kotak pemikiran aku rasanya tak lama benda ni dalam sejam ke 2 jam. So, seawal 7.30++ petang kitorang dah menapak dekat Sri Pentas di Plaza Alam Sentral. Dengan berbekalkan ABC(opss, apakah.?) aku jadi tukang cop kerusi dan rakan-rakan lain pergi menunaikan solat Maghrib.

Tunggu punya tunggu, pergh naik kematu punggung ni dekat pukul 9.00 baru muncul Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3. Budak-budak idola kecil 3 yang ada Balqis, Puteri, Aris, Adi dan Shazlin. If i'm not mistaken lah. So, layankan lah rakaman diorang. Awal-awal aku masih steady dengan memberi applause sekuat yang mungkin. Bila start Siti cakap.....

"Tunggu yer, Siti nak pergi tukar baju"
"Ok Siti, nak ikut boleh.?"

Setengah jam kemudian. Bapak weh, setengah jam tunggu Siti tukar baju untuk satu shot. Ni baru satu shot dan cuba bayangkan ada lagi segmen lain. Perghh, gua dah panas punggung dah ni. Member punya pasal aku sanggup tunggu sampai habis. Member punya pasal ok, bukan Siti punya pasal. Sampailah jam 1.20 pagi baru rakaman ni habis. Kalau aku tahu rakaman macam ni makan masa yang begitu lama, sumpah aku tak pergi dah. Ni kira pertama dan terakhirlah aku join. Nasib aku takde artis yang kira die hard fan. Artis pun orang biasa gak just diorang popular sikit je. Kita jangan terlalu taksub pula ok.? Pesanan ikhlas dari penaja. Banyak cakap pun tak guna, jom layan gambar.


Segmen pertama
Segmen kedua
Segmen ketiga
Segmen keempat
Segmen kelima
Segmen keenam
Segmen ketujuh

Sabar je lah menunggu. Last-last muka gambit aku kasi. Hahaha, nantikan je lah program ni dekat TV 9 raya keberapa aku pun tak pasti. Manalah tahu kot-kot ada muka aku yang terlebih excited (berlakon) konon-konon boleh dapat hadiah SimplySiti. Last-last harammmm, penat je yang dapat.
Psst, pada yang sudi singgah blog aku rajin-rajinlah klik iklan di blog ni yer. Nak buat tabungan hidup.

Comments

weewittttt p jumpa dato' ct..fuiyooo..jeles mak tau
Ecah Shafiee said…
@munGe سلواني
xyah la ko jeles..ct je kot..
Ain Zulaikha said…
ecah syok kot dapat jumpa dato siti.. dah lama nak jumpa dia tak pernah pun dapat jumpa.. ni tgk live.. alaaaa dpat salam dia tak? hahhhaa
Ecah Shafiee said…
@Ain Zulaikha
x dpt pun slm dia..kemut..haha
HaNa Hani said…
haha...lame gak ehh
sampai ke pagi
^_^
Bro Framestone said…
wah bestnye.. sepanjang muka bro masuk tv.. xde satu pun bro dapat tgk hhuhuhu

xkisah pun :)
munira sajuti said…
HAHA kire okayy laa sampai 1 pagi je weyh. aku p rakaman ape yang tv1 tu,, yang setiap khamis tu,, hal ehwal agama ape tah,, sampai kul3 pagi. hambek kau. siap kena marah klo tinggalkan rakaman tu. lagi gile. okayybye
Ecah Shafiee said…
@Bro Framestone
hahaha, betul2..x kisah sgt pun..
Ecah Shafiee said…
@munira sajuti
ok la tu dgr ceramah agama..isk2 ko ni..hahha
Ain Zulaikha said…
alooohhhhh rugi lah tak dapat salam dia.. T__T tangkap gambar pun mesti tak dapat kan? itu lah T__T
Ecah Shafiee said…
@Ain Zulaikha
gmbr pun x dpt..siti kan kemut!! penat je ktorg tggu lame2..hehe

Popular Posts