Rakaman Program TV Sebenarnya Memenatkan
Program TV.? Aku masuk TV ke.? Channel mana.? Bila.? Pukul berapa.? Hahaha, teruskan persoalan berlegar-legar di kepala otak korang sebab aku hanya akan jawab kalau korang klik Read More. Feel free to click ok.
Oh, rajinnya korang read more. Bagus, macam ni lah aku sayang. Actually mana ada aku masuk TV. Agak-agaklah muka seposen ni nak masuk TV kan. Kalau masuk pun maybe masuk sebelah mata je kot. Hari Khamis yang lepas aku dipengaruhi housemate aku. Taklah dia pengaruh macam mana pun. Macam ni ceritanya.
Fad bukan nama sebenar tengah buang sampah sambil berbaju kurung kuning cun melecun. Aku gatal mulut tanya dia.
"Fad nak pergi mana ni.?"
"Buang sampah lah Ecah"
"Lepas buang sampah.?"
"Nak pergi rakaman raya Siti Nurhaliza. Nak ikut.?"
Aku yang tanpa berfikir panjang terus cakap "NAK IKUT!!" Aku peminat Siti ke dengan tindakan drastik aku tu.? Oh tidak, i'm not fan Sitizones. Hanya mahu membuang masa dan dalam kotak pemikiran aku rasanya tak lama benda ni dalam sejam ke 2 jam. So, seawal 7.30++ petang kitorang dah menapak dekat Sri Pentas di Plaza Alam Sentral. Dengan berbekalkan ABC(opss, apakah.?) aku jadi tukang cop kerusi dan rakan-rakan lain pergi menunaikan solat Maghrib.
Tunggu punya tunggu, pergh naik kematu punggung ni dekat pukul 9.00 baru muncul Siti Nurhaliza bersama Idola Kecil 3. Budak-budak idola kecil 3 yang ada Balqis, Puteri, Aris, Adi dan Shazlin. If i'm not mistaken lah. So, layankan lah rakaman diorang. Awal-awal aku masih steady dengan memberi applause sekuat yang mungkin. Bila start Siti cakap.....
"Tunggu yer, Siti nak pergi tukar baju"
"Ok Siti, nak ikut boleh.?"
Setengah jam kemudian. Bapak weh, setengah jam tunggu Siti tukar baju untuk satu shot. Ni baru satu shot dan cuba bayangkan ada lagi segmen lain. Perghh, gua dah panas punggung dah ni. Member punya pasal aku sanggup tunggu sampai habis. Member punya pasal ok, bukan Siti punya pasal. Sampailah jam 1.20 pagi baru rakaman ni habis. Kalau aku tahu rakaman macam ni makan masa yang begitu lama, sumpah aku tak pergi dah. Ni kira pertama dan terakhirlah aku join. Nasib aku takde artis yang kira die hard fan. Artis pun orang biasa gak just diorang popular sikit je. Kita jangan terlalu taksub pula ok.? Pesanan ikhlas dari penaja. Banyak cakap pun tak guna, jom layan gambar.
Segmen pertama
Segmen kedua
Segmen ketiga
Segmen keempat
Segmen kelima
Segmen keenam
Segmen ketujuh
Sabar je lah menunggu. Last-last muka gambit aku kasi. Hahaha, nantikan je lah program ni dekat TV 9 raya keberapa aku pun tak pasti. Manalah tahu kot-kot ada muka aku yang terlebih excited (berlakon) konon-konon boleh dapat hadiah SimplySiti. Last-last harammmm, penat je yang dapat.
Psst, pada yang sudi singgah blog aku rajin-rajinlah klik iklan di blog ni yer. Nak buat tabungan hidup. |
Comments
xyah la ko jeles..ct je kot..
x dpt pun slm dia..kemut..haha
sampai ke pagi
^_^
lameeeee...
xkisah pun :)
hahaha, betul2..x kisah sgt pun..
ok la tu dgr ceramah agama..isk2 ko ni..hahha
gmbr pun x dpt..siti kan kemut!! penat je ktorg tggu lame2..hehe