Keyword Cik Epal & Insidious
Cik Epal.? Siapa Cik Epal.? Korang kenal tak.? Pada yang kenal ok lah kan tak perlu lah aku nak kenalkan lagi siapa dia. Pada yang tak kenal dan nak mengenali Cik Epal dengan lebih dekat dan mendalam sila lah klik di sini dengan sepantas yang mungkin. Ok, apa yang aku nak bercerita dekat sini bukanlah lebih kepada nak beritahu siapa Cik Epal. Lihat title pun sudah tahu. Baca betul-betul yer kawan-kawan.
Keyword.? Apa itu keyword.? Keyword atau boleh digelar sebagai SEO memang popular di kalangan blogger dan writers. Tak sangka pula ada keyword 'Cik Epal' yang menyinggah di analytics keyword nuffnangku. Wah, popular juga Cik Epal ni yer menjadi bahan carian di google engine. Kepada blogger yang tidak tahu keyword itu apa kliklah sini kalau korang nak tahu lebih lanjut. Hahaha, kepochi sangat. Kepochi.? Ayat untuk minah kepoh yang aku baru belajar dari blog si Naz CCI dan Ikeen.
Ok, next aku nak bercerita pasal Insidious. Insidious ni cerita seram gitu. Sinopsis korang boleh cekau dekat sini. Ada Mat Salleh tengah speaking. Korang layankan je lah yer. Cerita ni dah lama dah masuk panggung. Bulan 5 hari tu dah masuk dah tapi aku baru nak layan. Mula-mula nak layan X-Men, member aku dah layan pula. Next movie Fast5 tapi tak jadi pula tengok bila kitorang di 'recommend' cerita Insidious. Aku tak kisah pun nak tengok cerita apa-apa janji jangan cerita melayu cintan sebab sometimes rugi duit je last-last cerita melalut.
Now, aku nak review sekejap pasal cerita ni. Bagi aku memang takutlah cerita ni sebab banyak adegan yang buat kita menjerit secara tiba-tiba. Hantu-hantu dia memang tak boleh blah. Siang-siang pun diorang dok kacau orang. Jahat punya hantu. Maybe sebab background music dia yang agak horror salah satu penyebab cerita ni menjadi. Yang bestnya macam-macam lah aku dengar dalam panggung tu. Contohnya :
"Siapalah yang bawak aku pergi tengok cerita ni.?"
Hahaha, bagi aku memang kelakar lah orang yang cakap tu. Takutlah tu. Hehehe, memang tak dinafikan aku pun takut. Tisu telah menyelamatkan aku semasa menonton cerita ni. Memang mata cover baiklah dengan tisu bukti menunjukkan aku takut. Maaf yer semua yang dalam panggung tu sebab dengar aku menjerit. Memang aku rasa aku menjerit paling kuat lah kot. Kalau cerita ni tak best mesti tak duduk lama dalam list kat wayang kan.? So, pada yang tak tengok lagi silalah tengok. Mula-mula memang agak slow cerita ni. Tapi slow-slow dia lah yang buatkan kita terkejut habis.
Bergambar sebelum masuk wayang. Muka happy je, keluar panggung semua muka takut.
Psst, pada yang sudi singgah blog aku rajin-rajinlah klik iklan di blog ni yer. Nak buat tabungan hidup. |
Comments
ade..ecah tgok kt jj bukit raja je ni..try la usha jj area sane..