Ramai Pengguna Facebook Kena Hack & Aku Hampir Terkena
Nasib lah aku baru baca dekat blog Cerita Mamat pasal ni. Asalnya amaran dah dibuat before ni tapi aku tak alert pula benda ni. Tengah blogwalking tiba-tiba tertarik dengan entry si Mamat ni. Bacalah aku sekejap dan aku nak ingatkan korang supaya baca. Baca sekali komen-komen dekat entry tu. Berguna sangat-sangat. So, tengah ralik-ralik online tadi ada lah sorang ni facebook chat aku. Kalau korang dapat message macam ni sila jangan layan. Kalau dia ada kasi link tolong jangan gatal-gatal tangan nak klik even orang tu kawan terdekat kita. Aku tak kenal tapi entah macam mana aku boleh t'reply. Secara tak sengaja orang tu pun balas. Bunyi chat dia macam dekat gambar bawah ni :
Haaa, aku dah alert kan ni pandai-pandai lah buat follow up. Follow up.? Langkah berhati-hati dan pada sesiapa yang dah terkena ni ada cara nak resolved masalah tak boleh login. Di share oleh salah seorang rakan blogger juga.
- korang pegi kat akaun seting. set semua untuk friends only,
- hidekan korang nyer profile..
- kalau dah kena, tunggu sampai akaun korang boleh bukak (penggodam selesai menggodam)
- **buangkan friends yang korang rasa tak berguna
- **korang tukar password apabila korang rasa penggodam tu korang dah remove.
- **Kalau korang tukar password ,sebelum korang remove penggodam tersebut alamatnya benda yang sama akan berlaku..
- jangan suka2 add kawan ,pilih kawan & tenggok dulu profile dia..pastikan dia mempunyai mutual friends
- format pc korang..secepat mungkin (err, format PC ni macam tak perlu je kot..hehehe, ikut korang lah yer nak format ke tak oke.?)
Comments
sila jgn letak details peribadi anda dekat facebook oke.?
boleh pakai ke petua nie??
itulah pasal..hati2 yer..
wc =)
kalau dri sndri x kena mmg x alert pun pasal ni..thanks pd cerita mamat for the info..
Bhaya ni, makin jadi2..
Entri Terkini : Dating bersama Yuyu Zulaikha
Entri terdahulu :Aku ketagih
Watch my video songs ^_^
oh okei..thankz..