Contest Mencipta e-Kad Raya 2011


Hari puasa bakal menjelma,
Lepas berpuasa kita beraya,
Kad raya diberi sebagai tanda,
Maaf dipinta, kasih dibina.

Amacam.? Bergaya tak pantun 4 kerat aku tu.? Hahaha, suka pulak kan aku berpantun-pantun sekarang. Bukan apa, dah lama sangat tinggal zaman persekolahan. Pantun-pantun pun dah tak main dah. So, tak salah rasanya kan.? Ok, back to the main title. Dengan ini, saya pemilik BlogCariPasal ingin membuka satu contest bersempena Hari Raya Aidilfitri. Wahh, puasa pun belum lagi dah sibuk nak suruh buat e-kad raya kan.? Bukan apa, aku bagi korang chance untuk memikirkan idea-idea kreatif nak buat e-kad raya ni. 

Ops, ada yang tak tahu e-kad raya tu apa.? Ok aku kasi contoh dekat link SINI. Dah klik.? Dah tahu dah e-kad raya tu apa.? Dah tahu boleh lah join kan. Ikut kreativiti korang lah nak design e-kad raya tu macam mana. Aku nak buat 2 kategori iaitu e-kad raya kategori formal dan satu lagi kategori kartun. Setiap satu kategori akan ada satu pemenang. Hadiahnya.? Dapat duit raya lah kan. Berapa.? Berapa.? Berapa.? Jeng jeng jeng...

Kategori Formal
Duit Raya : RM 50

Kategori Kartun
Duit Raya : RM 50

Kalau ada rezeki lebih aku akan beri something dekat semua contestant. "Kalau ada rezeki lebih ok.?" Sila take note ayat ini. Hehehehe, doa-doakanlah aku ada rezeki lebih. Lagi satu, ada syarat dia.

Syarat-Syarat Penyertaan :

  1. Sila follow blog usang aku ni
  2. Sila follow page Ecah BlogCariPasal di facebook
  3. Create 1/2 (sahaja) e-kad raya
  4. Buat satu entry mengenai contest aku ni dan nyatakan dekat situ "ECAH, aku dah join!!"
  5. Boleh hantar design korang by email (u_ecah189@yahoo.com) atau tinggalkan link korang dekat bahagian komen entry ini. (aku suruh korang hantar by email sebab nak mengelakkan 'penciplak' idea)
  6. Design e-kad raya itu mestilah design sendiri dan bukan copy and paste dari mana-mana carian google. (AWAS!! I'm watching you)
  7. Sila hantar design korang sebelum 30/8/2011 (11.59 pm)

Sesiapa yang tidak mengikut semua syarat di atas, kemungkinan besar aku boleh mengambil kuasa veto untuk me'reject' penyertaan korang. Hahaha, kejam tak.? Ok, tak kejam sangat kan.? Biasa lah ni kan.? That's all for now. Ada apa-apa update aku akan update dekat sini. So, please alert ladies & gentlemen. Peace, peace kacang peace!!


Comments

merahitujambu said…
macama menarik nih!!!
nazirah said…
mak aih mencabar ni hehe ;)
adabetolka said…
mokcik kayo !! haha
Anonymous said…
apabila dah masuk internet bermakna anda sudah bersedia untuk berkongsi idea...,peniruan adalah salah satu dalam proses pembelajaran...izinkanlah semoga ilmu bernafaat dapat dipanjangkan.
http://umminabilaradzi.blogspot.com/2011/08/ecah-aku-dah-join.html

Popular Posts