Tips Buat Pengguna Streamyx


Hye semua.. Hari ni ecah nak share sikit dekat korang yang menggunakan streamyx sebagai medan untuk korang access internet. Apa yang aku nak share hari ni bukan apa sebab aku rasa dah jadi tanggungjawab aku nak share dengan korang. Pernah tak korang pengguna streamyx ni tetiba connection korang jadi limited connectivity yang keluar symbol kuning tanda seru ni.? Banyak sebab sebenarnya kenapa connection korg tibe-tibe jadi gini. 

Antara sbbnya korang kena tengok setting anti virus. Make sure anti virus korang tak block access korg ke internet. Kemudian, make sure cable korg tak longgar or pape lah. Then, kalau yang menggunakan wireless sila pastikan korang dah set dns server korang. Nak set dengan apa.? Preffered dns sila masukkan 202.188.0.133 dan alternate dns anda kepada 202.188.1.5. Haaa, kenapa aku suruh set mcm ni.? Tu sebenarnya pautan server untuk tm. So, kalau korang setkan itu maka kemungkinan connection korang akan bertambah laju. 

Kat mane nak set.? Bagi pengguna win 7 korang click start > control panel > network and internet > network and sharing center > change adapter setting > double click Wireless network connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan kpd use the following dns server. Pada pengguna win xp, click start > control panel > network connection > double click Wireless network connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan kpd use the following dns server. Siap!!

Kalau tak boleh juga cuba tengok lampu internet/data anda merah atau hijau. Kalau merah kemungkinan korang belum jelaskan bil. Call 100 pilih bahasa dan pilih no 2 untuk billing kemudian tanya CSR tu korang ada bayaran tertunggak tak.? Kalau ada cepat-cepat jelaskan bil korang ok. Ada satu lagi sebab akan keluar limited itu lagi. APIPA. Yes, APIPA. Ape kebendenyer tu.? Apipa ni terjadi kalau pc korang tak boleh detect ip jadi secara slumbernya ip korang yang sepatutnya disetkan kpd 192.168.1.XXX menjadi 169.254.0.1-169.254.255.254. Haaa, kalau jadi macam ni sila duduk terkebil-kebil yer. Macam mana nak check ip korang.? Senang je. Pergi start > all programes > accessories > command prompt dan taip ipconfig. Lepas tu tekan enter.

Apa nak buat kalau jadi apipa ni.? Step yang aku nak kasi tak 100% menjadi sebab kadang-kadang setengah pc ni degil. No harm to try. Right click pada symbol kuning itu dan klik repair or troubleshoot bagi win 7. Kemudian tunggu sampai dia kata success ataupun report and error. Kalau success tu ok la. Kalau keluar error korang kena pergi balik dekat command prompt dan lancarkan 3 command ni :

ipconfig/release
ipconfig/renew
ipconfig/all

Tengok ip address korang bertukar tak.? Kalau still 169 lagi korang kena force ip dekat Local Area Connection Properties. Caranya :

Start > control panel > network and internet > network and sharing center > change adapter setting > double click Local Area connection > click properties > double click internet protocol version 4 dan setkan :

Ip Address : 192.168.1.2 (atau 192.168.1.3,4,5,6,7,8,9 dll)
Subnet mask : 255.255.255.0
Default Gateway : 192.168.1.1

Kemudian klik ok dan restart laptop dan juga on off modem 15 saat. Hasilnya akan hilanglah tanda kuning itu. Selemat mencuba...=)

Comments

fuiyoooooooooooo...akak akak..klu sy call 100 then req nk ckp ngan akk boleh x? miahahaha
Anonymous said…
eh ..ni Ecah org TM ker
mselim3 said…
Terima Kasih atas info nya,,,tp belum cuba lagi
HAFIZAL said…
bagus lah info nie....
Geng Borak said…
ecah.. dak PV ke cygal nih? :)
Ecah Shafiee said…
@KiD
hehe, de geng ropenyer.dak PV. dak pv ke cygal.?
Syafi Najihah said…
akakak~~~
still xbolehhh..huhu
ari tu dah 4 kali call 100...
tp, still xboleh.... huhu
Syafi Najihah said…
akakak~~~
still xbolehhh..huhu
ari tu dah 4 kali call 100...
tp, still xboleh.... huhu
Anonymous said…
Thanks Ecah....i dah try.. success..tqvm..

Popular Posts