Senangnya Nak Popular
Tunggu aku habiskan dulu title entry aku tu dulu. "Senangnya nak popular, tapi bukan senang nak popular sebagai insan yang disayangi orang". Haaaa, tersirat tak.? Ok, sila senaraikan apa isi-isi tersirat dia. Hahaha, dah macam subjek BM pulak nak mintak isi tersirat ni. Pada yang tak mengerti tu meh aku explain a lil' bit.
Popular ni sering dikaitkan dengan artis. Asal popular sikit orang akan cop 'retis'. Retis yang bagaimanakah.? Terel nyanyi, berlakon, bersajak, pengacara dan macam-macam lagi lah. Sedarkah uols-uols sekalian ada banyak lagi mereka-mereka yang popular dari sudut yang berbeza. Sebagai contoh dari sudut vlog kita dikenalkan dengan Mat Luthfi, Anwar Hadi, Maria Elena, Cikgu Shida, dan banyak lagi lah. Itu dari sudut vlog. Kalau dari sudut kecomelan pula Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Nurul Badiah dan lain-lain.
Kalau korang perasan kebanyakannnya dari blogger juga. Yes, korang nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan.? Blogger pun boleh popular juga. Tapi popular yang macam mana yang korang nak.? Itu terletak di tangan korang sendiri. Jangan jadi popular macam adik Adinda Evans sudahlah. Ok, ini story lama jangan diungkit. Korang perlu ada sesuatu yang wow baru leh diangkat sebagai 'retis'. Aku faham manusia ni ada level-level jugak pemikiran dorang.
One more thing, kepada blogger-blogger yang baru nak naik aku sarankan pilihlah role model blogger korang dengan berhemah sekali. Gituuu. Bukan apa nanti kot-kot tersalah pilih kena cop lain pula. Haaaa, kan naya tu uols. Aku pun blogger yang baru nak berjinak-jinak juga. Then, kalau rasa nak lebih dikenali antara blogger jangan sombong-sombong ok. Pergi je join gath sana sini. Berlambak dah gath blogger ni buat. Aku je yang tak berpeluang nak join sangat. Al maklumlah bila dah bekerja lain pula tanggungjawab dia.
Comments
betul..barulah x pelik jadinyer..