Malam Bersama Upin & Ipin

Kalau pada tahun lepas, Les' Copaque Production bersama Geng's Corner telah menganjurkan Malam Bersama Geng. Pada tahun ini pula, kita dapat menyaksikan Malam Bersama Upin & Ipin yang juga hasil anjuran bersama. Acara ini akan dilangsungkan pada 10 Julai 2010 pada pukul 8 malam dan bertempat di Geng's Corner Putra Height. Pelbagai acara yang telah diaturkan oleh semua peminat antaranya ialah penampilan pelakon suara, maskot, permainan, pendaftaran kelab ahli dan macam-macam lagi.
Bagi semua peminat khususnya yang tinggal berdekatan dengan Putra Height pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan untuk berjumpa dengan pelakon suara Upin & Ipin. Antara yang akan membuat penampilan ialah adik Asyiela Putri (Upin/Ipin), Ida Shaheera (Kak Ros), Hasrul (Mail) dan ramai lagi. Dengar kata, maskot Upin & Ipin pun akan datang bersama kawan-kawannya. Pasti satu malam yang sungguh meriah dan bermakna bagi peminat setia Upin & Ipin. Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Mohd Zarin (012-239 9327) atau emelkan kepada zarin@lescopaque.com

Comments

Popular Posts