Review Penjagaan Kulit Artis | Siti Nurhaliza
REVIEW PENJAGAAN KULIT ARTIS
- Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat Siti. Minum jus lobak merah setiap pagi dengan sarapan.
- mengamalkan pengambilan kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.
- Untuk mendapatkan kulit licin, campurkan tepung pulut dengan air. Sapukan pada muka sebelum tidur.
- Siti gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur. Selepas itu, ianya disapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit.
- Untuk mengelakkan kulit bersisik, Siti amalkan dengan campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa. Selepas itu, sapukan pada tempat kulit yang bersisik.
- Rahsianya untuk kekal cantik adalah dengan setiasa berfikiran positif dan cuba meleraikan segala kekusutan di dalam minda.
Tips Mekap Siti Nurhaliza
- Pastikan bedak padat yang dipilih sesuai dengan warna kulit.Siti gunakan dua produk iaitu Maybelline dan M.A.C.Biasanya siti campurkan kedua-dua bedak ini.Sebelum itu siti akan menyapu wajah dengan 'Concealler' terlebih dahulu.
- Gincu yang sering menjadi pilihan siti tentulah Maybelline Watershine.Selain gemarkan warna merah jambu,pilihan siti tentulah warna 'Ginger Ice Tea'.Manakala pemerah pipi pula,warna kegemaran siti ialah merah jambu,Natural dan 'Peach'.
- Siti gunakan produk Maybelline dan Martha Tilaar.Siti akan campur kedua-dua pembayang mata ini untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.Siti sukakan pembayang berwarna biru sebab ia membuatkan kelopak mata siti kelihatan lebih menonjol.
- Untuk pensil mata siti lebih suka gunakan barangan Estee Lauder dan Mascara dari Maybelline.
Comments
Thanks
http://abadbaru.blogspot.com/2010/11/jutaan-orang-jatuh-miskin-akibat-bil.html
ptut la kulit dye cntik..
upenye suka amk madu gn putih tlur..
pasal make up lak?hahha tak de rahsia..