Actroid Si Robot Paling Jelita

Memang tak nak kalah lah kecanggihan teknologi di Jepun. Actroid, merupakan robot yang mempunyai struktur, tekstur kulit, dan gerak badan seakan manusia. Kenapa nama dia Actroid.? Haaa, nama itu diambil dari gabungan 2 nama iaitu actor dan android.

Otot anggota badan Actroid yang lembut, kerlipan mata yang lancar serta pergerakan mulut yang begitu lancar. Antara bahagian tubuh yang paling ketara menyerupai manusia adalah rambut, gigi, mata, tangan, kaki, bentuk tubuh, dandanan, dan termasuk juga suara. Apa yang paling menarik, kulitnya dihasilkan daripada bahan silikon yang sama seperti yang digunakan dalam perubatan kulit.

Actroid ni jugak ada ekspresi muka. Menarik kan.? Ekspresi muka yang dilemparkan natural lah. Kalau kita nak bercakap dengan Actroid, kita kena menggunakan microphone sebelum terima sebarang tindak balas daripada Actroid. Korang nak tengok Actroid tak secara live.? Haaa, kalau nak tengok boleh lah berkunjung di Pusat Sains Negara. Nama pameran dia "Encyclopedia The Actroid". 







Comments

sabree hussin said…
bestnya kalau ada satu :p
Ugie said…
Camne ngn part2 laen ecah? adakah seperti wanita jugee...heee~~
Ecah Shafiee said…
@Ugie
part2 laen? wah2, ko ni ugie...

Popular Posts