Noramfaizul Mohd Nor, Jurukamera Bernama TV Maut di Somalia


Kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkena peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, kelmarin adalah tergolong antara mereka yang mati syahid. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kematiannya di kategori syahid akhirat kerana membantu orang Islam dalam kesusahan. Sumber (panggungopera)


KUALA LUMPUR: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.
Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.

Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA 

Sumber gambar di sini

Comments

hamzah ian said…
alahai.. kesian dia..
Syafiq Rosli said…
sian dia..anak2 dia kcik2 lagi..nasib ade kerajaan tanggung..

Popular Posts