Putera Sulungku Dilahirkan Secara Caesar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah penat lelah, suka dan duka ketika mengendong perut akhirnya Ecah digelar seorang ibu. What?? Size badan macam budak sekolah tapi dah ada anak? Oh, so whatever! Genap usia kandungan Ecah 38 minggu, putera sulungku dilahirkan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah, bersyukur sangat. Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan perasaan ku ketika beranak dan bersalin.

So, nak dipendekkan cerita kenapa caeser? Semua ibu-ibu kat dunia ni mengharapkan dapat bersalin secara normal. Ecah juga mengharapkan it's normal! Kita hanya merancang, segala kejadian atas izinNya. Bersyukur walaupun caeser. 

Sehari sebelum ke hospital, ada sedikit tumpah darah. Tumpah darah? Bunyi macam satu cawan penuh tertumpah kan? Not tumpah darah actually just ada tompokan darah sahaja. But, ni first time Ecah mengandung guys..Terus kelam kabut gerak husband yang tengah syok tidur. Terkejut husband dibuatnya. Kitorang siap-siap dan angkut bag yang dah ready seminggu awal ke hospital. Doktor yang handle my case is Dr. Farah. Dr. Farah check jalan baru bukak 1cm dan terus dia suruh masuk wad. Ecah terpinga-pinga dan ikut je lah cakap Dr. Farah.

Tengah hari masuk wad, buang masa dalam wad dan Dr. Farah check jalan masih 1cm. So, dia decide untuk induced sebab takut ada jangkitan virus dek kerana ada 'tumpah darah'. Ok, ku ikutkan je lah. Bila dah kena induced after subuh, baru lah ada rasa sakit. Sakit tu dalam pukul 9 pagi. Oh, ni lah yang orang katakan 'contraction'. Sakit yang tak dapat digambarkan dan Dr. Farah check bukaan lagi dah 2cm. Terus kena masuk labor room untuk bersalin normal. 

Sementara tunggu nak ke pukul 12++ tengah hari ada lah macam-macam yang terjadi. Air ketuban dipecahkan untuk percepatkan bukaan, kena cucuk ubat tahan sakit dan akhirnya heart beat baby drop. I can't think anymore. Sakit, mengantuk dan akhirnya kena masuk operation room untuk deliver secara caeser. Masa tu bukaan pun baru 4cm. So, peluang untuk baby survive sangat tipis. My husband decide untuk accept caeser even sebelum masuk labor room kitorang dah decide untuk cuba normal no matter what.

Sakit ke caeser ni? Of course tak sakit lah waktu dalam operation room tu. Apa yang Ecah rasa waktu tu yer? Rasa sejuk! Sangat sejuk. Badan menggigil-gigil, gigi dok ketap-ketap dan Ecah separuh sedar. Senang kata Ecah mengantuk sangat waktu kena caeser tu. Dr. bius dah ready nak cucuk dekat tulang belakang untuk separuh lumpuh. Seingat dan kalau tak silap macam kena cucuk 2 kali. Entah lah betul ke tidak. Dalam hati ni nak tahu juga macam mana diorang potong-potong my perut. Tapi tu semua dalam mimpi sebab Ecah bukan separuh sedar tapi rasanya macam suku-suku je sedar. Dr. Farah dukung baby Ecah and cakap "it's a boy". Terus Ecah tak sedar apa yang jadi. Sedar je tahu-tahu dah malam. Lepas tu sambung balik tidur.

 Putera sulungku, Muhammad Aqil Bin Muhammad Azhari

Alhamdulillah dah 4 bulan puteraku

Ok, kalau nak cerita pengalaman memang sangat banyak nak dicoretkan. Nanti Ecah up entry lain untuk cerita kisah lepas bersalin, proses susukan baby dan lain-lain lagi. Jom layan video bayi dilahirkan secara caeser ni. Para suami yang tengok video ni mesti akan appreciate your wife. Kalau takde perasaan tu tak tahu lah nak cakap apa.


JASA DAN PENGORBANAN SEORANG IBU....INILAH SAAT2 KELAHIRAN YANG DI TANGGUNG SEORANG INSAN YANG BERGELAR IBU...
Posted by Mahligai Rindu on Thursday, May 9, 2013

Comments

Faziera193 said…
Ohh..ko czer eh?ingtkn normal..tapi nape doc tu nak induce eh?sbb ko br turun darah, bukan pecah air ketuban..hmm..ntah..aku pn tak mahir sgt bab2 ni..huhu apa2pn, bersyukur sebab selamat semuanya..tu yg kite nak..hee
Ecah Shafiee said…
faziera,

aah sebab turun darah je kena induced..kite xtau pape ni follow je lah doc ckp..
Ecah Shafiee said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts