Petua hilangkan baju bertahi lalat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ni Ecah ada google cara-cara nak hilangkan baju yang bertahi lalat. Sebelum ni jarang alami masalah ni tapi sekarang makin kerap pula. Tambahan lagi ada anak kecil. Baju baby mesti basah sama ada kena air liur dia atau terkena muak dia. Kalau lambat basuh mula lah tahi lalat penuh. 

Ecah jumpa satu blog ni yang ada share petua dia. Banyak cara juga Ecah jumpa kalau google ni. Ada yang senang dan ada yang susah. Ok, ecah ambil petua yang mudah je lah iaitu rendam baju yang bertahi lalat tu dengan cuka semalaman.

Sekali tengok dekat dapur ada cuka kan. Haa terus try and error. Setelah rendam semalaman, kita basuh balik baju tu dengan sabun. Ecah gonyoh sikit lah dekat tempat yang kena tahi lalat. Lepas cuba apakah hasilnya? Bagi Ecah hasilnya tak lah memberangsangkan. Jom tengok baju sebelum dan selepas.

Yang atas ni gambar sebelum

Yang ni pula gambar selepas

Ok, ada nampak perbezaan tak? Adalah sikit kan? Lepas ni nak beli clorox je lah dan gonyoh sekali dengan sabun mandi. Hopefully baju tak luntur asalkan jangan direndam.

*/ Pelik kenapa dipanggil tahi lalat. Kenapa lalat yang dipersalahkan? Kihkihkih ;-p

Comments

Nurul Aini said…
Nice sharing~ :-)

Popular Posts