Amaran Tsunami 8.6 Skala Ritcher, 11 April 2012
Ini
bukan amaran tapi kenyataan. Pulau Sumatera digegarkan dengan tiga
ombak tsunami di persisiran pantai Indonesia. Tsunami berlaku hampir
setengah jam dicatatkan dengan 8.6 skala ritcher. Bencana itu telah membuatkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik
mengeluarkan amaran tsunami untuk beberapa buah negara.
Kalau nak dikronologi waktu-waktu tsunami dulu. 26 Disember 2004 kita digegarkan dengan tsunami 9.2 magnitude earthquake dengan jumlah 220,000 orang terkorban. Then disusuli dengan 9.0 magnitude earthquake dekat Japan dengan kisah nuklear yang mengorbankan 19,000 manusia. Hope semuanya selamat.
Apa yang paling mengejutkan aku bila pagi-pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari akak aku....
Along : Angah, angahh.. (dengan penuh cemas)
Aku : (Aku yang tengah mamai hampir-hampir tersedar) Awat.?
Along : Rumah banjir angah...
Aku : Haa.? (dalam keadaan baring terus duduk) Teruk ke.?
Along : Teruklah dah naik dekat pinggang dah ni..
Aku : Uish, teruknya..Semua selamat.? Barang-barang macam mana.? Kereta.?
Along : Kereta bawak naik dah. Barang lain letak atas almari. Tak tahulah selamat ke tak. Katil yang berat terapung dah. Oklah, oklah..
talian dimatikan...
Adoi, hope semua selamat. Jenuh ni wei nak ngemas bila dah surut. Lagi-lagi barang berharga macam surat-surat penting. Kalau dibawak arus lagi naya!! Dikhabarkan empangan Sungai Kampar pecah. Sebab tu banjir. Hujan lak tambah lagi dengan gempa bumi. Cepatlah surut..Doakan semua selamat yer kawan-kawan..
Jiran aku merangkap cousin aku..Gambar sebelum
Gambar selepas. Tengok air naik tahap mana..
Ni pulak rumah parents aku..isk, sedih betul. Hope semua selamat..
Comments
btw..jgn lupa follow sy...tq..
http://siamoycincai.blogspot.com/