Malaysia Tewas 3 - 2 dengan Bahrain


Makin tipis lah peluang Malaysia dalam pusingan kelayakan olimpik ni setelah tewas 3-2 dengan Bahrain. Team kita dah cantik dah medahului 2-0 tapi akhirnya punah. Dalam masa 6 minit sahaja Bahrain dapat sumbat 3 gol dan sekaligus memunahkan harapan Ong Kim Swee. Pusingan kedua pemain utama midfield injured pulak dan Nazmi pun dikeluarkan juga disebabkan kecederaan. Memang nampak longgarnya bahagian tengah Malaysia. Sorang-sorang injured dan tak sangka boleh kalah dalam masa 6 minit.
Apa pun tahniah buat Malaysia atas persembahan mereka. Janganlah kerana Malaysia kalah kita dah tak pakai jersey Malaysia. Kita dah tak turun stadium. Kita dah tak puji pasukan Malaysia. Sama-samalah kita menaikkan semangat player Malaysia. Muda-muda lagi diorang ni dan harapan masih ada. Majulah bola sepak Malaysia. Jom layan gol cantik Nazmi.

Comments

Popular Posts