Punca Breakout & Cara Mengatasi Kulit Muka Berjerawat



Bila sebut sahaja jerawat, kita akan kaitkan dengan istilah breakout. Bila breakout ni tu yang jadi kurang yakin kalau berhadapan dengan orang.

Apa punca breakout ni? meh kita tengok sama-sama.

Hormon
Biasanya remaja paling banyak mengalami masalah jerawat disebabkan oleh kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.


Tapi tak perlu risau sebab sebum ni akan berkurangan seiring dengan bertambahnya usia. Lagi satu bila perempuan nak datang bulan pun, jerawat akan mula timbul.Itu adalah masalah hormon juga.
Jangkitan Bakteria
Rupanya dalam sel kulit kita ni ada bakteria.Bakteria ini makan sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Sebab tu, tak boleh sentuh muka sesuka hati. Free2 je bakteria tu berjalan ke sana ke mari.
Makanan
Makanan yang berminyak dan pedas lebih mendorong jerawat untuk naik kerana ia boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.Seeloknya lebihkan makan buah dan juga sayuran yg banyak vitamin A.



Stress

Lagi banyak stress, lagi banyak jerawat akan keluar. kenapa? sebab adrenalin dan hormon androgen akan keluar secara berlebihan bila stress dan jerawat pun berlumba-lumba jugalah kat kulit.

Penggunaan Kosmetik & alat solek



Muka yg tak dicuci dengan sempurna boleh meyumbat pori-pori dan menyumbang kepada masalah kulit. Perkongsian alat mekap juga boleh meyebarkan bakteria ke muka. It’s adviseable to clean makeup tools selepas guna.


Comments

Popular Posts