Mary Kay Timewise Repair Khas untuk golongan 35 tahun & Ke atas - Anti Penuaan


Penuaan adalah elemen kerosakan kulit yang paling ditakuti ramai wanita.

Dengan hanya lima langkah penjagaan, pengguna pasti dapat melihat perubahan berkala di mana garis-garis halus dan kedutan sekitar wajah mula menghilang.
Mary Kay TimeWise Repair hadir dengan lima produk utama termasuk Volu-Firm™ Foaming CleanserVolu-Firm™ Lifting SerumVolu-Firm™ Day Cream with SPF 30Volu-Firm™ Night Treatment with Retinoldan Volu-Firm™ Eye Renewal Cream.
#1 Volu-Firm™ Foaming Cleanser: 
Pencuci ini bertindak seperti magik, boleh menghilangkan kesan kotoran degil seperti mekap sekaligus membasmi kotoran debu yang melekap pada wajah sepanjang hari.

TimeWise Volu-Firm™ Foaming Cleanser kaya dengan formula unik, membersih permukaan kulit secara efesyen dan dapat menaikkan seri kulit wajah yang kusam dari dalam.  
Teksturnya berkrim dan ringan namun tidak menghasilkan begitu banyak buih. Apabila dicampur dengan air, ia seolah menarik keluar semua kotoran dan kekasaran pada kulit seterusnya menjadikan kulit kelihatan lebih bersih, terasa lembut malah halus seperti baru buat rawatan facial di spa.
#2 Volu-Firm™ Lifting Serum: 
Setiap kali lepas mencuci, selain menyapu toner, sapuan serum juga sedikit sebanyak akan bantu mempercepat proses pemulihan kulit.

Gunakan Timewise Repair Volu-Firm™ Lifting Serum untuk mendapatkan hasil kulit anjal muda remaja malah bisa menyalurkan nutrien terbaik kepada kulit selepas dicuci.
Meskipun saya hanya mencuba serum ini di atas kulit tangan, ternyata kedutan pada kulit tangan menjadi halus serta-merta! Teksturnya pula ringan dan bau wanginya tidak terlalu menusuk ke hidung. pa yang penting, sapuan serum menjadi mudah kerana konsistensi cecairnya mudah diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan lekit.
#3 Volu-Firm™ Day Cream Dengan SPF 30:
Menjanjikan kesan nyata untuk menghilangkan kedutan dan menyekatakan tona kulit, krim siang 

TimeWise Repair Volu-Firm™ Day Cream Dengan SPF 30 ini mampu bertindak sebagai perisai yang menghalang kulit dari selaran terik matahari malah bantu merawat masalah kedutan dan garisan halus di wajah secara efektif.
Sesuai untuk yang berkulit kering, namun bagi individu yang memiliki jenis kulit berminyak atau kombinasi, krim ini mungkin keterlaluan kerana konsistensinya agak berat dan sedikit berminyak. Ia juga mengambil masa untuk disapu dan diserap menyeluruh oleh kulit kerana tekstur krimnya itu.
Jika kulit berminyak atau jenis kulit kombinasi, saya nasihatkan anda menyembur setting sprayselepas siap membuat solekan yang melapisi permukaan sapuan krim ini. Jika tidak, solekan anda mungkin akan cair, lebih-lebih lagi ketika berpeluh. Kelebihan, baunya cukup harum malah bisa memerangkap lembapan dalam kulit sehingga 12 jam lamanya!
#4  Volu-Firm™ Night Treatment Dengan Retinol: 
Diperkaya dengan formula Volu-Firm™ Complex, percaya atau tidak kulit yang kendur bisa menjadi tegang semasa tidur! Jangan risau jika kedutan di wajah terlalu nyata, krim malam TimeWise Repair Volu-Firm™ Night Treatment Dengan Retinol ini pasti dapat membantu.

Teksturnya lebih ringan jika hendak dibandingkan dengan krim siang di atas tadi. Sapuan menjadi lebih mudah kerana konsistensi krim adalah seperti air yang mudah serap ke dalam kulit.
Bukan itu sahaja, balang pembungkusan produknya juga dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna dan bisa mengekalkan kualiti produk tersebut.
Punat penekan yang ada pada permukaan balang akan menolak keluar produk mengikut kehendak individu sekaligus mengelakkan pembaziran serta bebas dari kuman! Tak perlu lagi ‘colek’ jari kotor ke dalam produk.
Bangun je tidur mesti berseri-seri lepas ni kan?
#5 Volu-Firm™ Eye Renewal Cream: 
Ah bosannya bila bangun tidur dengan kantung mata serta kedutan halus yang buatkan wajah nampak tua dari usia sebenar!TimeWise Repair Volu-Firm™ Eye Renewal Cream boleh bantu menghilangkan garisan halus, kedutan serta kulit kendur sekitar mata.

Untuk pengetahuan semua, kulit mata adalah bahagian paling sensitif dan mudah berkedut kerana lapisannya nipis. Jadi, manfaatkan krim mata ini kerana ia bisa menghilangkan kantung mata serta lingkaran hitam disebabkan keletihan mata.

Mudah digunakan kerana muncung tiub direka khas agar mudah meluncur di kawasan sulit bawah mata. Hanya perlu picit ringan bahagian badan tiub untuk mengeluarkan produk sebelum menyapunya pada bahagian yang dikehendaki.
Lebih menarik pabila muncung tiub itu juga boleh dijadikan alat pengurut untuk menggalakkan penghasilan kolagen sekitar mata!

Saya yakin dengan keberkesanan rangkaian Mary Kay TimeWise Repair, anda?
Pssttt! Janganlah terlalu kedekut untuk melabur demi kecantikan abadi :)

Ecah Shafiee


Independent Beauty Consultant
Mary Kay Malaysia

Call/SMS/Whatsapp
019-5488373

Comments

Popular Posts