Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid
Assalamualaikum buat para pembaca blog ini. Sedar tak sedar sudah hujung Ramadhan dan rasa tersangatlah rugi kerana tidak dapat beribadah seperti umat Islam yang lain sekiranya didatangi haid. Walau bagaimanapun, Allah SWT maha Pengasih dan Pemurah. Ada antara ibadah-ibadah lain yang kita boleh lakukan. Jadi, di sini ada satu pautan yang amat berguna buat wanita haid.
Ni antara yang dikupas di dalam pautan tersebut :
Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
- Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran. (Rujuk fatwa di sini.)
- Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
- Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
- “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
- “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
- “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
- “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
- “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
- “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
- Dan lain-lain lagi.
- Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
- Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
- Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
- Muhasabah diri.
- Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
- Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
Ada yang saya tertarik di sini iaitu :
Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.
Apa yang penting dan pokok pangkalnya datang dari hati dan niat kita sendiri. Bersama-samalah kita beramal.
Comments
http://maharajalelap.blogspot.com/
tumpang lalu>>>
http://maharajalelap.blogspot.com/
tumpang lalu>>>
http://maharajalelap.blogspot.com/
tumpang lalu>>>
http://maharajalelap.blogspot.com/
tumpang lalu>>>
http://maharajalelap.blogspot.com/