Top 10 Rude Malaysian Habit

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/549053_438964986143041_1821413171_n.jpg 

Pagi tadi nak pergi kerja dengar radio era dalam kereta. Tengah drive Johara yang kaki mengarut pepagi buta tu membincangkan topik berkenaan  "Top 10 Rude Malaysian Habit". Tapi diorang amik yang top 3 di mana habit berkenaan cilok parking orang, menggunakan handphone semasa memandu dan lagi satu berkenaan isu tukar lane tanpa bagi signal.

Bagi aku lah kan, kadang-kadang aku pun tak terlepas dari membuat habit yang sebegini rupa. Bukan apa, manusia ni cepat lupa dan leka. Bila dah leka tu mulalah macam-macam kesalahan dibuatnya. Tapi takde lah selalu sangat aku buat. Jarang-jaranglah kan. Lagi satu penyebablah aku rasa sebab keadaan dalam kereta kita tu sendiri. Kalau tak selesa, mula lah stress. Cubalah selesakan diri sendiri bila berada dalam kereta. Macam aku letak perfume wangi-wangi dan letak sikit accessories dalam kereta yang nampak cool di pandangan mataku ini.

So, bersama-sama lah kita bertimbang rasa apabila berada di jalan raya.

Comments

Popular Posts