Top 10 Android Application


Morning peps, hari ni aku nak share top 10 android application yang bertakhta dalam handphone aku. Actually, apps ni akan berubah-ubah mengikut peredaran semasa. Kalau that time popular dengan satu apps, so dia akan dok melekatlah dalam  phone aku. Ok jom usha top 10 favorite aku lak.

Ranking 10

Aku suka kalau msg masuk je akan keluar satu pop up windows. Memang cun lah dan tema yang aku guna sepanjang ni ialah black texture. So kalau boleh hari-hari aku rajin nak balas msg orang. Hahaha, boleh tak.?

Ranking 9
Viber : Free Calls & Messages

Ok, siapa yang tak biasa guna viber.? Aku rasa ramai tahu kan.? Aku guna untuk buat call je. SMS jarang guna sebab tak berapa minat dengan dia punya interface. 

Ranking 8

Draw something free ni pulak antara latest apps yang aku baru nak main. Seronoklah sebab kita interact dengan manusia jugak dalam game ni. Satu je aku bengang. Nak pilih word panjang-panjang tapi tak reti nak lukis. Serabut kepala nak teka word. Yang best tu sebab kita main lukis-lukis dan orang teka. Dah macam zaman kanak-kanak pulak.

Ranking 7

Instagram ni kalau uols nak tahu baru je dikenalkan untuk pengguna android. Biasa instagram adalah application untuk iphone. Mungkin sebab ada permintaan ramai tu yang timbulnya instagram for android. Bagi aku ok lah tak berat sangat dan interface dia pun smooth je. Tapi syg sebab pilihan effect dia tak banyak. Mungkin nanti akan ada upgrade punya version lak kan.? Just wait and see..

Ramking 6

Haaa, pudding camera ni cool sangat. Macam-macam effect ada. Kena pandai piih effect baru gambar jadi cun. Pendek kata pudding camera ni macam lomo camera la. Siapa yang terasa nak pakai lomo tapi tak mampu boleh cuba guna apps ni. Lagi satu, pudding camera pun ada ala-ala instagram yang aku rasa lebih best kot. Nama apps dia pudding.to. Awesome juga.


Ranking 5
 

Apps yang agak cool tapi tapi tapi..Apps yang paling berat I ever have!! Yang tak syok tu selalu sangat hang. Maybe sebab pakai phone cekai kot. Kalau pakai note tu mesti syok kan.? Huhuhu, tak mampu lah pulak kan. Tapi banyak review cakap apps ni memang selalu hang lagi-lagi kalau kita upgrade.

Ranking 4

Okeh, berbanding facebook aku lagi suka twitter sebab apa.? Apps ni sangat smooth kalau aku tengah layan. Jarang hang dan rasanya tak pernah kot then interface dia aku minat. Tapi aku jarang tweets. Aku banyak menyibuk dekat tweet orang. Hmmmm, tweets la gak tu kan.? Hahaha..

Ranking 3

Viki aku rasa antara apps yang aku sangat-sangat suka. Why.? Sebab aku boleh layan cerita-cerita korea. Streaming dia pulak tak macam youtube. So far aku guna ok lah dan dah banyak episode demi episode, cerita demi cerita aku layan. Aku rasa dulu ku ada buat review pasal apps ni. Klik sini.

Ranking 2

Whatsapp antara peneman aku. Benda free siapa tak nak kan.? Message dengan encik boyfie free kan. Layankan je. Apps dia pun tak berat dan simple lah kalau kita guna. Hari-hari aku akan on benda ni. So, siapa-siapa yang jumpa aku tegur-tegurlah yer. Kalau rajin aku balas. Takde istilah kedekut sen dah. Hehehehe.

Ranking 1

Ini adalah apps yang paling cool aku rasa. Memang makeover habis handphone kita. Petik jari je lah kan nak guna. Boleh pilih theme yang berkenan di hati. Tapi sekarang aku guna theme android je sebab nak kemas. Aku suka benda yang kemas dan simple. Kalau cute-cute ni suka jugak tapi tak pakai lama sebab kadang-kadang nampak serabut.

Ok, ni sedikit sebanyak lah yang aku nak share dekat korang setakat ni. Kalau ada yang rasa ada apps yang lagi syok rajin-rajinlah share ok. Up to date lah sikit nanti.

Comments

Hazri Zakaria said…
memang tak habis kalau nak download app android ni. tp aku tak pakai banyak, yg mana penting je.

Urm, "Aku suka benda yang kemas dan simple."?? yes. tengok blog pn dah tau kamu ni seorang yang kemas dan simple.

salam kenal ^^.
Allen Skogen said…
memang tak habis kalau nak download app android ni. tp aku tak pakai banyak, yg mana penting je. Urm, "Aku suka benda yang kemas dan simple."?? yes. tengok blog pn dah tau kamu ni seorang yang kemas dan simple. salam kenal ^^.

Popular Posts