Karnival Upin Ipin 2018, MAEPS Serdang

Assalamualaikum semua, haa dah masuk cuti sekolah dah kan? Apalah Ecah ni..tinggal beberapa minggu je lagi nak masuk sekolah balik. So, apa program korang? Waktu ni mula lah parents sibuk fikir nak bawa anak-anak bercuti lah, balik kampung dan sebagainya.

Haaa, ni Ecah nak bagi suggestion sikit. Bermula hari ni 20hb Disember 2018 sehingga 23 Disember 2018, Les Copaque Production ada anjurkan satu karnival. Karnival apa itu? Karnival Upin Ipin 2018 yang bertempat di MAEPS, Serdang.

Waahhh, best-best! Ada macam-macam program untuk anak-anak anda. Jadi, marilah kita serbu MAEPS Serdang ayuhhh..Oh, program setiap hari bermula jam 10 pagi ya. Jangan pergi pukul 8 pagi tau. Belum buka kedai lagi. Hehehe..





Jumpa di sana..



Program : Karnival Upin Ipin 2018
Tarikh : 20 Disember 2018 - 23 Disember 2018
Waktu : Bermula jam 10 pagi
Lokasi : MAEPS Serdang

Comments

Popular Posts