Ikuti cara wanita 40an ini menjaga muka cantik bersih

Primadona

Apabila usia semakin meningkat, kebanyakan wanita akan mula merasa bimbang mengenai kulit wajah mereka, terutamanya apabila dah mula mencecah usia 30 tahun. Peningkatan usia menyebabkan badan kita hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit kedut, kusam, jeragat dan sebagainya. Umur 30 tapi nampak macam umur 40, 50 tahun. Seram takk? Tengok orang lain yang sebaya malah ada yang lebih tua, masih cantik bergetah macam anak dara, tapi diri sendiri dah macam makcik-makcik dah.

Memandangkan saya ni pun dah 30 tahun lebih, memang nak kena prihatin juga bab-bab ni. Bagi geng-geng yang dah 30 an tu, sesama la kita jaga ye. If belum pernah jaga, belum terlambat lagi nak mula sekarang. Bagi yang dah memang jaga dari awal tu, baguih baguih. Teruskan. Bagi adik-adik akak yang masih 20 an tu, akak nasihatkan jaga dari sekarang yer. Baru la maintain gitu. Kang makin usia meningkat, makin banyak pulak masalah yang timbul, makin susah pulak nak repair nanti.


5 Tips Penting Penjagaan Kulit Wanita 30an Agar Bersih, Cerah Dan Berseri


1. Lakukan rutin asas penjagaan kulit

Pastikan produk yang digunakan adalah sesuai untuk jenis kulit anda. Ramai yang ingat membersih wajah ni sekadar menggunakan pencuci muka. Tapi sebenarnya, kita ada 3 langkah asas tau, rutin yang seeloknya kita buat 2 kali sehari iaitu  mencuci wajah, memakai toner dan moisturizer/ pelembap. Dan, sesekali buang sel kulit mati dengan skrub yang halus.

Bagi anda yang ada budget, masa dan juga kerajinan, boleh juga sesekali mendapatkan rawatan profesional di spa dan sebagainya. Tapi kan, saya pernah la dengar Rozita Che Wan share tentang tips kecantikan beliau, yang beliau memang takde pun buat rawatan kat facial and spa ni. So actually, if kita dah memang buat rutin asas yang tadi tu untuk penjagaan luaran, pun kira dah memadai dah, dah boleh cun ala-ala Che Ta juga la.

Image result for mary kay




2. Jangan lupa sunscreen/ krim pelindung matahari

Ni penting juga ni. Matahari pun boleh menjadikan kulit kita rosak, nampak lebih berusia, muncul bintik-bintik hitam, pigmentasi, jeragat dan berkedut dengan cepat. So, jangan lupa untuk menggunakan pelindung matahari apabila anda melangkah keluar. Kalau nak senang maacam saya, guna jer mosturizer yang ada SPF sekali. Tak payah nak tempek2 banyak kali dah.

Related image




3. Exfoliate kulit

Lapisan kulit mati pada kulit tidak membenarkan kulit segar berada di permukaan. Jadi, kita perlu buang sel kulit mati ni. Sel kulit mati ni lah yang jadikan kulit kita kusam, pori tersumbat, jerawat dan parut-parut hitam. Bila dah takde sel kulit mati ni, makanya barulah kulit kita nampak segar, berseri dan segala masalah kulit yang buatkan kita stress.

Selain menggunakan scrub yang halus dan lembut.

Related image



4.  Guna masker untuk menegangkan kulit


Oleh kerana wanita akan kehilangan kolagen daripada kulit, kulit mula untuk menjadi kendur sedikit. Untuk mengelakkan hal ini, gunakan masker yang sesuai untuk menegangkan kulit. Seeloknya gunakan masker ni adalah selepaspembersihan dan menanggalkan sel kulit mati. 

Image result for masker mary kay



5. Minum banyak air

Air membantu untuk mengeluar toksin dari badan dan mengekalkan cahaya pada kulit. Air membantu kulit terhidrat dari dalam, sekali gus mengekalkan keanjalan. Ini adalah salah satu cara yang paling mudah di dalam tips penjagaan kulit.





Love your skin,
Ecah | 0195488373
Mary Kay Beauty Consultant

Comments

Popular Posts