Bila Rajin Siap Satu Menu - Salmon Grill with White Sauce

Assalamualaikum,

Siapa kat sini suri rumah.? Ok, memang nak kasi salute sikit dekat gologan suri rumah ni. Sebab apa.? It's not easy to prepare satu set lengkap pemakanan harian kita. Macam Ecah yang half suri rumah ni pun pening tiap kali nak fikir menu apa nak masak hari ni.

Ok, hari tu pergi Giant, husband suruh beli ikan salmon. Dalam hati hurmm bosan lah salmon grill. Tapi beli jugak then balik rumah simpan je dalam fridge. Selang beberapa hari, teringatkan ada salmon terus google keyword "salmon masak" dan kebanyakannya grill.

Grill lagi.? Ok, kali ni grill jugak tapi kita variety sikit. Sayur digoreng kosong dengan sos tiram dan minyak bijan. Asingkan, kemudian kita grill ikan salmon. Tadi tengok resepi ada sos putih. Nak buat sos ni wajib kena ada susu fresh. Alamak, yang ni yg Ecah takde. Terpandangkan susu kambing anak yang tak bergerak-gerak tu, terus bancuh jadikan susu. Pendek cerita susu fresh digantikan dengan susu kambing. Hehehe nampak serabai tapi Alhamdulillah sedap. Ni lah hasilnya.

Selepas di grill
White sauce guna susu kambing bancuh sendiri
Kasi tuang white sauce atas salmon tadi
Makan bersama nasi butter. Makan nasi putih macam biasa sangat. So, buat nasi butter baru nampak western sikit.





Comments

Qaseh Dalia said…
Saya 🙋 Surirumah tahu xpe adoi pening hari2 nak masak ape , haha btw nampak sgt sedappp

Popular Posts