Bila Anak Tolak Botol Susu
Assalamualaikum,
Mesti ramai yang mengalami masalah di mana anak-anak syurga anda tidak mahu hisap botol susu. Mesti ramai yang pening kepala memikirkan apa sebabnya dan bagaimana cara mengatasinya. Ecah bukan lah nak cakap yang Ecah tahu caranya tetapi sekadara berkongsi pengalaman.
Masa dalam pantang memang tiada masalah hendak beri botol susu. Masa ni bayi tidak tahu istilah 'tolak'. Apa yang diorang tahu masa ni adalah lapar, mengantuk dan sebagainya. Macam anak Ecah bila dah mula nak dekat habis pantang tu yakni 1 bulan ++hari, dia dah mula pandai memilih. Dia dah mula kenal yang mana satu puting ibunya dan yang mana satu bukan.
Alkisahnya ada lagi sebulan nak berkerja. Ecah dan suami mula menggelabah cari puting susu yang sesuai. Ingat lagi Ecah pernah post berkenaan botol susu Avent yang Ecah beli sebelum bersalin? Hmm, memang rasa agak rugi sebab antara puting yang ditolak sekeras-kerasnya oleh si kecil kami. Memang buat hiasan lah. Nanti dia dah besar sikit nak cuba kasi juga!!
Kemudian kami cuba kasi puting Autumnz yang dapat sekali dalam kotak pam susu Auntumnz Passion seperti dalam entry Ecah yang dulu kala. Boleh check link dekat sini.
Masa duduk rumah mertua, mertua belikan puting Pureen. Memang meraung-raung si kecil tolak sebab flow dia sangat laju. Kemudian, kami cuba puting NUK setelah disarankan oleh my sister. Pandai si kecil ni. Sehari je dia terima dan hari-hari seterusnya dia tolak. Puting apa yang Ecah guna? Puting NUK orthodontic classic. Mungkin silap sebab tak beli yang wide neck.
Setelah puas google dan bertanya pendapat. Last option adalah MAM teat. Sebenarnya puting MAM ni husband yang belikan. Ecah suruh dia cari pigeon punya jenama tapi dia pusing dekat Guardian dan farmasi Damansara Damai tak jumpa puting pigeon. Puting MAM ni orang dekat farmasi tu yang recommend. Ok takpe, kita cuba je dulu. We are highly frustrated tengok si kecil tolak meraung-raung. Then we gave up! Husband cakap maybe si kecil dah confused sebab dah banyak sangat tukar puting.
Jadi kami decide untuk cuba secara perlahan-lahan. Isikan dalam 1oz ke botol MAM dan cuba kasi. Hari demi hari, cewaahh macam lama sangat. Dalam 3,4 hari percubaan kami gagal. Esoknya kitorang pergi rumah parents Ecah dan kami cuba lagi kasi and finally he want it!! Yes, seronok tengok dia habiskan 3oz sekali gus.
Caranya? Kami tidurkan dia dulu lepas tu dalam beberapa minit angkat si kecil dan susukan dia. Kira kasi masa dia tengah mamai. Bila mamai dia sedut laju jer dan lama-kelamaan si kecil pun dah biasa. Dia tak tolak botol susu dah. Kesimpulannya, tak perlulah beli berbotol-botol. Cuba cari alternatif lain untuk susukan si kecil anda. Ini pengalaman Ecah, cerita Ecah sendiri.
Comments
saya tengah pantang hari ke 22..
masa dalam tempoh 7 hari berpantang, saya ajar anak susu botol, sebab puting breast luka teruk, salah teknik menyusu..
selepas hampir sembuh saya teruskan df baby..dan sehinggalah mlm ini..sy kembali ajar baby susu botol, dia menolak dan muntahkan susu yang dipam.
Hati sedih tolak tepi dulu..terus cari ikhtiar..Searching en google utk tips dr mommies lain..
Mungkin akan cuba juga pigeon and Mum..
Demi anak..(^^)/
Budak bile dah kenal puting memang susah nak ajar dia guna puting lain..cuba je lagi and jgn give up..mcm sy kate cuba kasi dia masa dia mamai k..in shaa Allah..xpun kasi masa betul2 lapar..jgn cpt kasi puting kite bile tgok anak meraung..pujuj je dia slow2..