Autumnz Passion dan Lazada Malaysia
Post dibuat dah lama tapi tak pernah nak publish. Alkisahnya nak cerita pengalaman membeli di lazada dan pengalaman menggunakan Autumn Passion breastpump.
So, mesti ada yang terfikir kenapa beli online? Tak takut kena tipu ke? Ok, Ecah dah beberapa kali beli barang dekat lazada and setakat ni tak mengecewakan. So, kuatkan hati, tawakkal dan akhirnya berjaya memiliki set breastpump dengan harga yang murah. Dah penat survey dah kat lazada. Ecah tunggu waktu yang dia jua dengan harga murah. Selalu survey harga dia RM459. Sekali hari tu bukak tengok harga dia RM349. Tanpa fikir panjang terus beli dan beruntungnya rasa sebab it's COD (cash on delivery). Barang dah sampai baru bayar. Ok lah kan dari dah bayar tapi barang tak sampai. So, it is come with the package. Ada set pump, manual pump, ice pack, storage botol ada 4, beg cooler yang sekarang ni digunakan letak barang mekap anak Ecah.
Ok, sekarang nak bercerita pengalaman guna breastpump autumnz passion. Mula-mula pakai agak stress dan rasa menyesal sebabnya susu dapat sikit dan sakit. Ok, salah sendiri sebab tak menimba ilmu mengepam. Memang akan sakit mula-mula. Then setelah guna beberapa kali ok jer. Kemudian timbul kekesalan sebab rasa rugi beli yang ada double pump ni means boleh pam kedua-dua belah serentak. Ok, then salah lagi sebab bila dah tak rasa sakit slumber jer Ecah pam dua-dua belah. Mak siap cakap dah macam perah susu lembu. Ok mak such a joke di siang hari. Setelah guna double pam beberapa kali, hasilnya sangat memuaskan dan jimat masa.
Guna powerbank pun boleh. Sekarang Ecah pam di mana-mana sahaja. Bawah ni pula hasil menuai untuk petang ni. Pam 10 minit dapat banyak tu. Alhamdulillah rezeki anak Ecah. So, pendek kata tak menyesal beli di lazada dan tak menyesal beli breastpump autumnz passion.
Comments