DIY Paper Bag for My Wedding
Assalamualaikum,
Ehem, feeling sorang-sorang kejap bila terbayangkan my future wedding day. Kalau ikut plan memang macam-macam nak buat. Tapi, tapi dan tapi..tak semua apa yang kita rancangkan akan menjadi. Betul tak.? So, ecah serah pada takdir.
Ok, back to the main topic. DIY paper bag. Hmm, macam mana yer agakmya rupa dia nanti?
Macam ini kah?
Ke macam ni?
Hmm, macam ni kot..
Masa sebelum wedding tu dalam pertengahan tahun ecah sibuk mewarna dolly paper. Hmm, macam mana nak warnakan? Mudah jer.
- Beli dolly paper yang sebungkus ada dalam 250 keping. Ecah beli harga dia 4.50 tak silap
- Beli pewarna pilihan tema anda. Macam ecah, ecah beli warna pink dan hijau.
- Celupkan dolly paper tadi dalam loyang/apa-apa bekas yang besar supaya boleh buat dalam kuantiti yang banyak
- Dan akhir sekali, keringkan dia.
- Tunggu je kering dan siap!!
Ramai yang bertanya Ecah warnakan dolly paper tu pakai apa. Maaf Ecah lupa nak tulis. Ecah pakai perwarna yang orang buat kek tu. Ikut suka korang hendak buat pekat atau tidak. Campurkan sekali dengan air ok. Lepas tu budget lah sendiri.
Jom tengok paper bag Ecah yang dah siap.
Jom tengok paper bag Ecah yang dah siap.
Tengah-tengah dia Ecah letak sticker yang ditempah dari stikerku.com
Comments